Loading...
The Junx In Action..

Live Akustik Di Restoran QNA Republic Bangi Bersama Anissyazwani

Majlis Pelancaran Malam Akustik Restoran QNA Republic, Bangi

Tarikh: 29/02/2016

Majlis : Korporat

Lokasi :  Bandar Baru Bangi

Bandar : Kajang, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Tugasan kami pada hari ini berbeza dari tugasan sebelum ini. Kerana hari ini tiada sesiapa yang akan berkahwin.
  2. Tempahan pada saat akhir oleh Tuan Amran Shah iaitu pemilik restoran QNA Republic telah kami terima bagi menjayakan persembahan akustik ‘live’ bersama artis Anissyazawani.
  3. Tugasan pada hari Jumaat ini, berlangsung pada malam hari dan kami telah tiba ke lokasi majlis tepat jam 7:00PM.
  4. Restoran ini sangat selesa dan berhawa dingin. Menerapkan konsep hipster, restoran ini menghidangkan makan tempatan dan barat.
  5. Setelah perbincangan dilakukan, kami terus melakukan pemasangan dan juga membuat sound check.
  6. Tepat jam 8:30PM, Anissyazwani bersama pengiring beliau selaku pemain gitar tiba ke lokasi.
  7. Kami telah berbincang bersama-sama artis dan apabila segalanya selesai, persembahan terus dimulakan.
  8. Pelbagai jenis lagu yang dibawakan oleh Anissyazwani. Lagu lama, lagu baru, lagu tempatan dan lagu dari artis antarabangsa juga dihidangkan kepada tetamu.
  9. Ruang makan mula dipenuhi pelanggan. Ternyata mereka terhibur sekali dengan persembahan yang mantap dari Anissyazwani.
  10. Persembahan di pentas utama terus berlangsung sehingga jam 11:00PM. Selepas selesai, kami mengambil tempat dengan memainkan musik MP3 dari sistem audio kami.
  11. Kami juga sempat menjamu selera dengan hidangan soto dan mee bandung. Memang sangat lazat dan unik sekali.
  12. Terima kasih kepada QNA Republic dan tuan Amran Shah yang sudi menjemput kami bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kami kepada pihak anda.
  13. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan ternyata tugasan ini memberikan kelainan dan pengalaman baru kepada kami.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2609_1024 thumb_IMG_2610_1024 thumb_IMG_2611_1024 thumb_IMG_2613_1024 thumb_IMG_2616_1024 thumb_IMG_2619_1024 thumb_IMG_2620_1024 thumb_IMG_2621_1024 thumb_IMG_2624_1024

One comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *