Loading...
The Junx In Action..

Menjayakan Majlis Makan Malam Persatuan Hartaguam di IOI Hotel & Resort

Majlis Makan Malam Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (Hartaguam)

Tarikh: 20/01/2018

Lokasi : Palm Garden, IOI Hotel & Resort

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Hari ini kami kami bertugas di sebelah petang bagi menjayakan majlis makan malam Hartaguam.
  2. Perkhidmatan kami telah di tempah oleh salah seorang AJK persatuan iaitu Tuan Amir Khusyairi
  3. Tuan Amir telah memilih pakej Combo C kami yang lengkap dengan sistem karaoke dan projector.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 4:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  5. Lokasi majlis akan diadakan di sebuah ballroom yang mempunyai pentas dan berkeluasan sederhana.
  6. Kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian.
  8. Pihak ketaring pada hari ini disajikan sendiri oleh pihak hotel IOI Hotel & Resort.
  9. Kami memainkan lagu-lagu yang dipilih sendiri oleh AJK. Kebanyakan lagu-lagu yang dipilih terdapat di dalam koleksi kami.
  10. Majlis secara rasminya dimulakan tepat pada jam 8:30PM. Majlis untuk malam ini diacarakan sendiri oleh AJK makan malam.
  11. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan beberapa ucapan dari AJK dan presiden persatuan sendiri.
  12. Selepas selesai menjamu selera, majlis dimeriahkan dengan sessi karaoke.
  13. Sessi karaoke dilangsungkan dengan cukup meriah sekali dan ianya mendapat sambutan yang cukup mengalakan.
  14. Majlis juga diserikan dengan persembahan anak-anak dengan lagu Baby Shark.
  15. Projector kami digunakan untuk memaparkan gambar kenang-kenangan ahli-ahli persatuan.
  16. Majlis tamat tepat jam 11:30PM dan tetamu mula bersurai tidak lama selepas itu.
  17. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  18. Kami ucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh AJK dan ahli persatuan di atas kejayaan majlis pada malam ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *